CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers

19 Ogos 2011

pertengahan Ramadhan yg sayuuuuu.....



(kenangan basikal arwah mak..daun kunyit tanaman mak..dan daun pandan yg sekarang ku taburi di puasa dia setiap kali dpat balik menziarahi)


syukur....ramadhan kali haku masih bernyawa....
pertengahan ramadhan ni baru haku ada kekuatan nak 
update blog..sbb sebolehnya x mau bersedey sgt. dgn 
ketiadaan arwah mak n adik......tp nak buat mcmana...mesti la teringatkan...

nak2 plak radio2 dah siarkan lagu2 raya..
dulu kat opis mesti tertunggu2 lagu raya..kali ni rasa mcm
nak tutup n x mau dgr.....sayuuuuuuuu....

begitu juga time 'mother's day'
1 pun aku x buat entri pasal mother's day..tv pun aku x mau tgk
iyer lah..mesti ada iklan sempena mother's day...

agaknya ni lah rasa org yg dah x dak ibu n ayah dulukan
tatkala aku masih ada mereka...
pada korang yg masih ada ibu n ayah...
selalulah jenguk n berbual....








2 Ogos 2011

tidak amik tempahan ini tahun...

Salam ramadhan utk semua...

Saya nak mintak maaf banyak2 sbb x dpt nak amik tempahan sulam manik tahun ni..atas sbb tertentu...

Pada pelanggan yg istimewa pun saya x amik..sori erk semua..tempahan gelang n brooch pun tgk permintaan..

Sekian terima kasih panjang umur tempah la utk ramadhan tahun seterusnya..

Semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat anda semua...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

19 Julai 2011

K.A.N.S.E.R.....kamoo mmg kejam...Subhanallah..

2 minggu sudah ada 2 kematian saudara terdekat
hari isnin abg kepada MIL kat bentong
dah duduk sekali ngan mertua kene la
bawa MIL ziarah abangnya utk kali terakhir..
masa duk bersembang dgn keluarga di sana
ada yg bertanya x mahu tunggu sapa2 lagi ker..ada menjawab kenapa nak lambat2kan
tanam..masa sihat x mahu dtg ziarah..dah meninggal pun jenazah nak tunggu ker..
huh..ada betul jugak statement tu..hambik kau...hahahha

ptg khamis plak ipar kepada SIL meninggal
mmg rapat..arwah ni namanya Kak Erry..
kanser payudara...rawatan sama mcm arwah mak
dkt PPUM..3 hari sbelom arwah pegi
haku sempat g melawat

sedey...dari seorg yg putih gebu..tinggal kulit n tulang jer..
insaf...automatik terbayang depan mata tu arwah mak..
rasa nak pelok kuat2...
tp sudah tertulis di luh mahfuz..bahagian dia begitu
kita semua nnti tah bagaimana akhirnya...

tp yg paling insaf masa dgr kandungan bacaan talkin..
" sudah terpisah dari alam duniawi
yg penuh TIPU DAYA.."

yer duniawi ni mmg penuh tipu daya...bila dah terpisah nyawa
semua yg kita miliki sudah x berharga lagi...:(


jommm..nak share satu email ni...


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
     
Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? 
 
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 
 
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. 
 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!  
  
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! 
 
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? 
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalahDILARANG dipatentkan. 
 
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. 
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. 
 
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. 
 
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. 
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 
 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. 
 
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. 
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

wallahualam.....hanya ikhtiar..ALLAH yg menentukan


13 Julai 2011

dulu gila Butang...la ni Gila Shopping On9....keh keh keh

minggu lepas rancak mbeli belah secara online
ni dari Taiwan ...kata ko..beli printed felt
tadaaaa....olo olo..cutenya
udoh sayang nak guna...keh keh..
ni belom en.suami tahu ni..mau d potongnya elaun haku
bulan depan..abih budget teman..

yang ni lagi order on9 gak..ni menumpang mmber beli
pattern buat blouse aku tumpang sekaki keh keh
jimat duit pos...

nxt week ada lagi 2 parcel akan sampai
x sabo tunggu..

28 Jun 2011

Rindu Bertandang Lagi....

hye semua...
sori sbb x dpt nak update kraft skrg
mmg x dpt buat lagi sbb bz benda lain

last week dpt balik sitiawan lagi..
sbb ada kenduri anak sepupu kawen
kat sri iskandar...d bote wehh..

ater nyer umah sepupu kenduri
harus makan banyak..keh keh..
sedap lak tu..apa lagi lantak semahunya..


(en.suami d pusara MIL nya)

alhamdulillah gak dpt balik..
dpt ziarah pusara arwah mak n adik
 pergh cepat sungguh rumput naik
baru 2 minggu sudah balik dah terangkan..

ermm teringat bulan 7 tahun lepas..masa tu
arwah mak n adik masih ada..
bila dkt2 nak poser ni biasanya ada gotong royong
org kg bersihkan kawasan kubur...arwah adik mesti join..
makna nya tahun lepas tahun terakhir dia tolong
dan dgn kuasa Allah tahun ni kawan2 dia plak
tolong bersih kan kubur dia...huhhh..sedey..

andainya dia tahu tahun lepas tu tahun yg terakhir dia
dpt tolong bersihkan kawasan kubur.....apa ada dlm hati dia...
wallahualam..




23 Jun 2011

Tak dapat nak update..

hurmm x dpt nak update apa pun..sbb sibuk kemas rumah. t'paksa pindah ke rumah mertua..huhuhu..bunyi serumah ngan mertua ni buat bulu roma haku yg lebat ni meremang jer..keh keh

Sbb utama pindah adalah bapa mertua uzur...uzur x uzur la cuma en.suami adalah anak emas dia...x per la..haku cuba bekorban..kalau ikutkan cerita2 yg d dgr mmg buat kita rasa ngeri..tp nak cuba gak...

Harap2 semuanya indah seperti yg d khabarkan...

P/s: tempahan bears stop seketika..apa2 email masih d layan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

30 Mei 2011

BLOG 2 tahun...sudahhh



hehehhe....terlajak jugak lagi tarikh pembabitan dlm
blog-ing ni..

salam perkenalan utk yg baru baca @ yg baru 'follow'
blog i yg x seberapa ni...
ada org kata i syok sendiri...
wat ever lah...kan
 
semoga kita semua masih bersahabat
walau d alam maya sahaja..
semoga dgn ber'blog-ing' ni dpt memberi 
sedikit menfaat pada semuanya..