CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers

22 Ogos 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

semalam haku ada terima 1 e-mail
dr member lama tentang roh2 di bulan mulia ni.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri
majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu
perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang
keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku
tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan
Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak
dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka
semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka
semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke
rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati
itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan
dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang
mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

ermm...ada 1 hari aritu 2hr sebelom bulan poser
haku bermimpi ttg seorang bapa saudara
aku sendri...dia telah meninggal beberapa tahun lepas..

dia mmg rapat ngan family haku sepanjang hayatnyer..
ntah la naper dia dtg dlm mimpi haku
aritu...lepas sedar tuh.waktu subuh dah masuk
haku pun citer pada mak

a: mak...na mimpi abg pon lah..dia dtg umah kita
tp x nak masuk umah..muka dia x berubah pun..

m: kamo dulu rapat ngan dia...ker kamo dah lama x ingt ker dia..
dah teringat ni sedekah la apa yg patot....

dulu haku selalu termimpi2 kedua2 opah haku yg telah meninggal...itu jugak yg
mak haku akan ulang..."kamoo dah lupa kat deme(diaorg)ler tuh"

dulu masa hayat opah haku, aku la yg basuh berak kencing dia
sampai meninggal...sbb mak haku yg bela opah...

teringat kenangan lama...zaman2 sekolah...

al-fatihah utk muslimin muslimat yg telah pergi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan