CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

15 Oktober 2012

14 oktober....

14 OKTOBER 2012...

sekejap jer masa berlalu...sudah 2 tahun arwah mak tinggalkan
kitorg..tapi masih terasa seperti dia masih ada ngan abah kat kg..
huhuhuhu....
Al-Fatihah untuk arwah dan adik...

28 Mei 2012

Setelah hampir 8 tahun berumah tangga....

Assalammualaikum...
ahaa....saja letak tajuk macam gitu..
mesti ramai ingt lain khennn...:(


tapi mmg lain dari yg lain...
berdasarkan gambar2 kat bawah ni
mmg ada kaitan dgn tajuk di atas nun..
yg 8 tahun tu adalah..ini kali pertama haku turun
sawah omak mertuo den sojak 8 tahun berumahtanggo
dongan anak ei...serius...mmg serius..
bukannya hapa...
sebenarnya rumah pusaka ni..mak mertua haku
dah bagi org sewa...sebelom ni mmg ada org lain sewa
tapi mmg jenis org yg tak tahu berkemas halaman umah so
mmg la haku takot nak turun ke sawah nun..eeee
haku mmg penakot semak samun..
tp..alhamdulillah penyewa yg kali ni mmg pembersih sikit org nya
terang benderang jadinya halaman umah pusaka mak mertua haku ni..
rasa nak balik selalu......sampai en.Suami kata.mcm zaman
dia kanak2 dulu jer..
biasa kalau balik..haku mmg jadi tuan puteri jerk..
dok tggu kat laman atas jer,,,
jadi tukang kutip duit sawah @ kutip buah-buahan kalau balik time
musim buah..
tapi balik kali ni aku sendiri 
yg ckp dgn en.Suami 'bila kita nak balik lg'
hehehhehhe...

jadi jakun sikit...hahahha
sebab kg halaman sendiri hanya ada laut n sea food
kalau kampung abah ada dusun n sungei PERAK jer
eee takot teman nak mandi sungei gitu..
x nampak dasar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ayoh...ahkak rasa macam nak landing jer atas padi2 tu
hehehhe....ikut kan hati mak mertua mmg x nak  bagi org sewa..
dari terbiar x dak org...nanti kutu2 kg a.k.a kacang hantu kampung
buat sarang dadah....masa x dak penyewa dulu setiap kali balik mesti
wayar2 letrik kene kebas dek kacang hantu semua

penyewa kali mmg jenis org yg senang d bawak berunding
sewa rumah pun dia bantai bayar 2 tahun punya terus
bila musim buah dia call bagitau..
kitaorg sekeluarga pun boleh bertolak ansur jugak
mana buah2 anak2 diaorg nak makan kitaorg bagi
tapi mmg x bagi jual
kalau ada org kg yg lalu lalang nak amik makan pun kitaorg bagi sedekah jer..
janji jaga rumah pusaka tu elok2...)

6 Mac 2012

CHAH'S WEDD...betul ker tajuk ni...

 hye semua...
arini nak kongsi pic adik ipar kawen pada 
4 & 5/2/2012 aritu..

 dah sebulan baru ada waktu sanggang nak update blog ni..
sori x dpt nak upload foto banyak..berat..hehhe
pengapit yg gila2...
apa pun alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg
d rancang keluarga...

selamat pengantin baru buat adik 
siti aishah & feisal


14 September 2011

Abah dan cucu2-nya di pagi raya....:(

Lemang ketupat semua telah terhidang
Untuk di jamu pada tetamu yang datang
Di persilakan tua dan muda
Tiba hari raya semua bergembira
Salah tersilap atau keterlanjuran
Biarlah sama kita saling memaafkan
Maklum kita hanya manusia
Tak daya melarikan diri dari dosa
( korus )
Selamat hari raya
Salam sejahtera untuk semua
Sesekali berjumpa kita
Eratkan perhubungan
Serta persaudaraan

(abah dgn cucu2nya tahun ni tanpa emak..:.)

Walau di mana pun jua kau berada
Semoga berbahagia di hari raya
Hapuskan segala kedukaan
Pengalaman yang pahit usah di kenangkan



19 Ogos 2011

pertengahan Ramadhan yg sayuuuuu.....



(kenangan basikal arwah mak..daun kunyit tanaman mak..dan daun pandan yg sekarang ku taburi di puasa dia setiap kali dpat balik menziarahi)


syukur....ramadhan kali haku masih bernyawa....
pertengahan ramadhan ni baru haku ada kekuatan nak 
update blog..sbb sebolehnya x mau bersedey sgt. dgn 
ketiadaan arwah mak n adik......tp nak buat mcmana...mesti la teringatkan...

nak2 plak radio2 dah siarkan lagu2 raya..
dulu kat opis mesti tertunggu2 lagu raya..kali ni rasa mcm
nak tutup n x mau dgr.....sayuuuuuuuu....

begitu juga time 'mother's day'
1 pun aku x buat entri pasal mother's day..tv pun aku x mau tgk
iyer lah..mesti ada iklan sempena mother's day...

agaknya ni lah rasa org yg dah x dak ibu n ayah dulukan
tatkala aku masih ada mereka...
pada korang yg masih ada ibu n ayah...
selalulah jenguk n berbual....








19 Julai 2011

K.A.N.S.E.R.....kamoo mmg kejam...Subhanallah..

2 minggu sudah ada 2 kematian saudara terdekat
hari isnin abg kepada MIL kat bentong
dah duduk sekali ngan mertua kene la
bawa MIL ziarah abangnya utk kali terakhir..
masa duk bersembang dgn keluarga di sana
ada yg bertanya x mahu tunggu sapa2 lagi ker..ada menjawab kenapa nak lambat2kan
tanam..masa sihat x mahu dtg ziarah..dah meninggal pun jenazah nak tunggu ker..
huh..ada betul jugak statement tu..hambik kau...hahahha

ptg khamis plak ipar kepada SIL meninggal
mmg rapat..arwah ni namanya Kak Erry..
kanser payudara...rawatan sama mcm arwah mak
dkt PPUM..3 hari sbelom arwah pegi
haku sempat g melawat

sedey...dari seorg yg putih gebu..tinggal kulit n tulang jer..
insaf...automatik terbayang depan mata tu arwah mak..
rasa nak pelok kuat2...
tp sudah tertulis di luh mahfuz..bahagian dia begitu
kita semua nnti tah bagaimana akhirnya...

tp yg paling insaf masa dgr kandungan bacaan talkin..
" sudah terpisah dari alam duniawi
yg penuh TIPU DAYA.."

yer duniawi ni mmg penuh tipu daya...bila dah terpisah nyawa
semua yg kita miliki sudah x berharga lagi...:(


jommm..nak share satu email ni...


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
     
Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? 
 
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 
 
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. 
 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!  
  
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! 
 
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? 
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalahDILARANG dipatentkan. 
 
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. 
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. 
 
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. 
 
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. 
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 
 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. 
 
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. 
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

wallahualam.....hanya ikhtiar..ALLAH yg menentukan


28 Jun 2011

Rindu Bertandang Lagi....

hye semua...
sori sbb x dpt nak update kraft skrg
mmg x dpt buat lagi sbb bz benda lain

last week dpt balik sitiawan lagi..
sbb ada kenduri anak sepupu kawen
kat sri iskandar...d bote wehh..

ater nyer umah sepupu kenduri
harus makan banyak..keh keh..
sedap lak tu..apa lagi lantak semahunya..


(en.suami d pusara MIL nya)

alhamdulillah gak dpt balik..
dpt ziarah pusara arwah mak n adik
 pergh cepat sungguh rumput naik
baru 2 minggu sudah balik dah terangkan..

ermm teringat bulan 7 tahun lepas..masa tu
arwah mak n adik masih ada..
bila dkt2 nak poser ni biasanya ada gotong royong
org kg bersihkan kawasan kubur...arwah adik mesti join..
makna nya tahun lepas tahun terakhir dia tolong
dan dgn kuasa Allah tahun ni kawan2 dia plak
tolong bersih kan kubur dia...huhhh..sedey..

andainya dia tahu tahun lepas tu tahun yg terakhir dia
dpt tolong bersihkan kawasan kubur.....apa ada dlm hati dia...
wallahualam..




18 Mac 2011

Cuti minggu ke-2 = sitiawan..

minggu sudah kami balik kampung sbb
abah beria2 nak buat kenduri tahlil..
aku balik tumpang kete akak aku..sib baik kete beso
boleh tumpang..jimat gak rasanya..hahaha

bila d kg. tu mula la teringatkan kenangan2 bersama
kedua-dua arwah...sayu hati....
nak plak kalau abah makan masakan kitaorg sambil kata
'sapa masak ni..mcm mak punya'
waaaaa...sayu hati meruntun2...
dia lagi rindu agaknya

dah 2 bulan x ziarah pusara arwah mak n adik...
cerdik anak buah tu...bila kata ini kubur opah
mesti kata bukak...dia nak tgk dlm..
yer lah..5bln sebelom arwah pergi mmg mak di rumah dia
berulang alik ke hospital..dia lah peneman arwah ..
kalau kita buka tilam yg arwah guna pun dia akan sebut..'opah' 'opah'..
sambil tepuk tilam tuh.....

:(

13 Disember 2010

berat mata memandang berat lagi bahu ABAH memikulnya...:(

tanggal 4hb disember...adik bongsu pulak telah
pergi meninggalkan kami...
besar sungguh dugaan yang Maha Esa bg
buat kami sekeluarga...
x dpt nak gambarkan kesayuan hati ni...tp kami kene kuat sbb
abah perlukan kekuatan dari kami...
kami tahu dia sedey teramat sgt...cuma dia sorok...
dulu jarang sekali ...malah x penah nampak abah mengalirkan air mata lelakinya..
sekarang selalu sgt air matanya mengalir..
kami tahu dia berpura2 tabah...
(arwah adik ketika ziarah kubur arwah mak)


adik pergi sbb xcident...pagi tuh...
arwah mak baru 49 hari meninggalkan kami..kini dia pulak mngikut..
tahu lah kami...arwah mak mmg syangkan kamoo...
hari tu kamoo menyiram air tahlil bersama kami atas pusara mak..
kini pusara kamoo kami sirami pula..
subhanallah...sampai hari ni..aku x dpt lupakan
kamoo..wahai adik...
kamoo kata...kamoo tunggu haku balik...
tp bila haku sampai jenazah kamoo
yg myambut aku...
kami semua akan merindui kamoo bersama arwah mak...
kami akan sentiasa mendoakan kamo sejahtera di sana...
panjang umur tunggu kami yer...
al-fatihah....

20 November 2010

Sambutan Raya Haji

pertama kali beraya tanpa arwah,
aku pun x amik cuti.
cukup sehari tu pun beraya dgn mertua..
sengaja aku x amik cuti..
kalau boleh x nak beraya pun

2hr sebelom raya radio ada siar lagu raya..
hati meronta2 teringat kat arwah..
ayer mata mmg x bley tahan..

aku menagis dlm tandas office....:)
bukan aku x redha perginyer arwah tp tah..sayu mengatasi segala
kekuatan yg aku hada..

teringat hari2 akhir arwah...
"lega hati mak tahun ni..mak dah buatkan haji opah kamoo"
"lama mak kumpul duit nak buat haji opah kamoo ni"

betulah tu..dia seperti tahu
yang dia sendiri akan pergi...
bakti terakhir arwah pada arwah maknyer..

22 Oktober 2010

berakhir sebuah penderitaan....

pd 14/10/2010...mak telah d jemput pergi kepada
PENCIPTAnya...jadi berakhirlah sebuah penderitaan

hari ni genap seminggu arwah pergi...
masih terkenang2 wajahnyer...
masih terbau2 air mawar jasadnyer..walaupun haku sendri
sekarang tgh selsema...
masa haku buat n3 ttg safi rania gold tuh...arwah ada kat umah haku..
tertido demam katanyer..baru sampai dr kg dgn adik bongsu...sbb esok ada
app. ngan PPUM utk ct scan...waktu ini arwah hanyer makan sedikit sajer nasi
berkuah sup ikan yg haku buat khas tuk dia...arwah kata sakit peha n pinggang...
haku urutkan jugak...mlm biasanyer haku akan temankan dia tidor tp ntah mngapa
aku tertido d ruang tamu....sehingga subuh
senin pagi aku ,hb , kakak ke-2 yg bawak dia utk ct scan..
tp dlm kereta arwah x spt selalu..arwah asyik pejam mata...berpeluh2
tp dr mlm semlm lg haku dah perasan arwah dah ter'berak2'..

masa ctscan pun arwah x byk ckp....haku ajak dia makan dia x mao...minum pun x mao..
habis ctscan arwah balik umah kakak d bangi...hari selasa kakak call
mak meracau..."ada org ajak mak g jenjalan...tp mak x larat..."
sambil mata pejam...rabu mlm akak sulong sampai dr kg utk temankan arwah
dan jumpa doc utk review ctscan ngan doc
pg khamis dlm masa nak gerak ke sepital kakak sms mak dah x larat bangun..
aku d opis waktu tu...sedikit resah...hati x menentu...
kepala asyik ingt nak goggle mp3 surah yassin..
masuk waktu lunch...kakak dah call bagitau arwah tenat..

sampai sepital arwah tgh d cpr tuk kali ke-2...
waktu ni sedey dah x terbendung lgi...doc pun dah nasihat kata
kesian kpd arwah jikalau terpaksa cpr tuk kali ke-3...

waktu ini arwah koma...tp doc kata arwah still boleh dgr..
nurse2 yg ada dah suruh kami semua bacakan yassin @ ajarkan arwah mngucap
lebih kurang 5 lebih arwah hembus nafas yg terakhir....

allahuakbar.....dulu haku selalu terbayang dan rasa x bersedia mcmana
kalau mak @ abah haku dah x dak..kini baru haku sedar
semua itu kententuan-NYA...tidak lewat seminit mahupun cepat seminit...

aku redha....sbb aku sendri x sanggup tgk dia seksa sewaktu
rawatan chemo..ulang alik jumpa doc...ujian tu..ujian ni oleh doc pelatih...

mlm tu jugak aku,hb dan kakak sulung bersama2 jenazah pulang ke perak
merasa jugk naik van jenazah..selalu asyik tgk dlm tv jek...
al-hamdulillah...mlm tu perjalanan lancar...biasa dr bidor ke sitiawan...mlm adalah
laluan treller...mlm tuh treller semuanyer tersedia behenti bahu jalan...

kuasa-NYA...siapa yg biasa lalu jln tu..tahu la betapa treller berkuasa waktu mlm hari...
lebih kurang hampir 2 pg..kami semua selamat tiba...rumah terang benderang...
x sanggup nak tatap wajah abah...rasanyer baru 3 kali haku tgk abah menangis...

sian abah...kehilangan teman tidurnyer...teman makannyer...
lepas solat jumaat arwah d kebumikan...
kalau d kenang2kan...patot la arwah beria-ia nak langsir putih masa raya..
menagis ketika bersalaman dgn tetamu yg dtg beraya...
dgn haku sendri arwah mintak maaf sbb sangka dia mnyusahkan haku
tidak sekali mak......rupanyer raya terakhir bersama arwah

terima kasih pada yg sedekahkan al-fatihah tuk arwah d FB...
pd teman se-kg yg penah mmbesar bersama arwah....mohon ampun yer dr kami...

22 Ogos 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

semalam haku ada terima 1 e-mail
dr member lama tentang roh2 di bulan mulia ni.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri
majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu
perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang
keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku
tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan
Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak
dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka
semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka
semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke
rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati
itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan
dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang
mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

ermm...ada 1 hari aritu 2hr sebelom bulan poser
haku bermimpi ttg seorang bapa saudara
aku sendri...dia telah meninggal beberapa tahun lepas..

dia mmg rapat ngan family haku sepanjang hayatnyer..
ntah la naper dia dtg dlm mimpi haku
aritu...lepas sedar tuh.waktu subuh dah masuk
haku pun citer pada mak

a: mak...na mimpi abg pon lah..dia dtg umah kita
tp x nak masuk umah..muka dia x berubah pun..

m: kamo dulu rapat ngan dia...ker kamo dah lama x ingt ker dia..
dah teringat ni sedekah la apa yg patot....

dulu haku selalu termimpi2 kedua2 opah haku yg telah meninggal...itu jugak yg
mak haku akan ulang..."kamoo dah lupa kat deme(diaorg)ler tuh"

dulu masa hayat opah haku, aku la yg basuh berak kencing dia
sampai meninggal...sbb mak haku yg bela opah...

teringat kenangan lama...zaman2 sekolah...

al-fatihah utk muslimin muslimat yg telah pergi


7 Mei 2010

Panggilan Kecemasan 3 pagi

pagi tadi haku terima panggilan
dr kakak d kg...mngatakan mak sakit balik...
agak teruk...meracau...
ntah apa yg 'org itu'
mahukan dr mak haku...
terpaksa balik segera...kalau x dak aral mlm ni gerak
balik @ mungkin subuh esok..
x bleh tergesa2..x bleh memandu dlm keadaan tertekan
harap semua ok...

20 Januari 2010

Bidan Terjun

semalam cik mek molek ni kene duk ngan haku sbb abah dia kene g tempat lain n x sempat nak hantar dia balik umah....jadi umah haku paling dekat..so semalam haku jadi pengasuh....

tgk la budak zaman sekarang...cerdik it...walaupun hanya main game...tp dia boleh guna sendri..buka laptop...nak cari folder..nak buka folder sumer dia buat sendiri...nak pilih game ker..nak delete ker...sumer dia cuba sendiri...

kat umah dia mmg selalu on laptop ngan abg2 dia...abg2 dia pun paling tua baru darjah 3...youtube dlm tangan jer...haku yg pangkat makcik diorg pun kekadang buta it..keh..keh..keh...

zaman dah berubah....

29 September 2009

Suasana Hari Raya


suasana sehari sebelom raya,suami haku ni...ni sebelom hujan lebat ni..masa hujan lebat pun tibai jugak bakar lemang..sbb x dak tanda2 hujan nak behenti..dgn kilat & guruh..kalo d kg sah2 x leh nak teruskan..bahaya..raya kat kl dulu thn ni..kalo d umah mentua mmg rendang minang lah yg utama

lepas siap sumer..berbuka..n menjamu org dtg bertakbir kat umah kitaorg pakat2 g chow kit.bukan nak beli sgt pun sajer cuci mata..syok ooo...mlm sebelom tu ke Jalan TAR..lagi la rambang mata...semua nak rembat..tp dlm dok berjaga2 tu kene tipu jugk.

al-kisahnyer terbeli kueh sepit tu..masa mintak rasa mmg tokey tu bg yg sedap rangup..bila bawak balik umah dah lemau sumer nyer..hanginnnnnnnnnnn jer..rasa nak hantar balik kat tokey tua tu..ada ka patut barg meniaga makan mcm tu..x rasa bersalah ker buat org mcm tu..
pagi raya..sebelom bemaafan..selepas bermaafan x leh tunjuk..mata sumer dah merah..menangis..baru nak cakap mintak mahap jer ayor mata dah turun..

best gak raya d kl..ramai yg kata raya d kl x best..ramai gak org raya kl..lepas tu kitaorg g beraya d pantai dalam..rumah biras kakak ipar..meriah dowh... tp hati tetap ingt kat kg halaman...
pagi raya kedua baru gerak balik perak..boleh tahan kereta x putus2 kat highway..sib baik ikut jalan bidor..dgr dkt radio jaln Kuala S'gor jam teruk x bgerak...
kalau d kg mmg meriah raya ketiga adik beradik mak balik..penuh umah..nak makan pun sampai 3 trip..tp mmg best
rumah mak haku jadi tumpuan sbb arwah opah mmg mak yg jaga..so raya dulu2 semua berkumpul kat umah mak..tu yg bestjumpa sepupu..mcm2 nak bualkan..


gambar x sempat nak amik dr kamera yg lain2 sbb raya k-4 dah kena balik kl..sbb suami kene keje raya k-5..bila dah d kg nak balik kl mmg leceh..malas jer..jalan jgn cakap la..jam teruk jugk..semua org nak cepat..