CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN-MASAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN-MASAKAN. Papar semua catatan

1 November 2012

Fenomena Durian Crepe..

huh !...dpt gak akhirnya
nak rasa makanan yg tgh jadi fenomena skrg ni
gila dasyat rasanya...sebelom ni kes macaroon
yg wana warni tuh....


tgk kaler kuning pembalut tu pun haku
dah gelisah..termimpi2 tgh makan durian..
hehehhhehe


google punya google dapat gak
cari yg boleh order oline siap hantar...

lega rasanya dpt makan...
sedap gilassss.....
terpaksa makan kat luar opis sbb baunya yg kuat...
takot jadi isu plak bwk raja segala buah ni ke opis..


10 Jun 2012

KEK PELANGI

assalamualaikum.....
hurmm..hari ni baru ada sedikit masa terluang
nak update blog haku ni
hari ni nak cerita tentang "kek pelangi"

dulu masa kecik2..bukan la hidup susah sangat
tapi mmg dah terbiasa @ lumrah kot
kalau nak makan sedap2 hanya akan dapat
bila musim perayaan @ ada jemputan majlis kenduri sajork..
so keluarga haku pun mcm tu...so kalau nak dpt rasa
kek pelangi air tgn arwah mak mesti time hari raya jerk
kadang2 siapa puasanya penuh mak akan buat kek ni malam raya
nanti....hurmm indahkan bila kenang kisah silam..
sekarang org nak makan kek bila2 jer boleh dapat...pagi ni bangun tido tetiba rasa nak
makan kek jer...lepas mandi dah boleh makan kan...

kek pelangi arwah mak ni haku rasa istimewa sbb arwah mak buatkan 
tentu la istimewakan..hehehhe..rindu kat mak..
lepas mak dah x dak...haku suka tempah kat mak saudara haku jer
sbb dia punya rasa n texture adalah lebih kurang sama
so sejak arwah mak sakit ...meninggal...sampai la sekarang
haku adalah suka tempah pada mak saudara haku kek ni
(masa tgh menaip ni pun haku adalah tgh pulun 
kek ni sbb minggu lepas dpt cuti balik kg sekejap dapat la tempah siap2)

haku penah beli kat pasar malam melawati..harga sebiji rm 6...
bau sama..rupa sama...bila gigit HAMPA....jadinya ke tong sampah..
serius kalau kakak haku yg no 2 tau haku buang2 makanan ni..sah2 dia tarbiyah
haku mcmana dia tarbiyah anak2 dia pasal makanan ni...yer.. walaupun dia tau haku sudah
punya En.Suami...haku boleh agak apa dia akan

'org lain cari makan dari tong sampah..korag dpt makan x reti nak syukur'

gulp!....jarang anak2 dia x habiskan makanan..sbb dia akan ajar anak2 dia mula dgn sikit dulu..nak lagi baru tambah...hurmmm sori melalut...

berbalik kisah kek pelangi ni...seingat haku bahan2nya simple2 jer..
yg penting tepung gandum yer..bukan tepung kek..
tepung kek naik sendiri ker..kek dalam kotak ker..bukan ..bukan..
bukannn...lepas tu telor gula ..lebih kurang macam buat bahulu kot....

nanti haku nak cuba mintak mak saudara haku tu buat kek pelangi lagi 
tapi nak versi "rainbow kek" org sekarang mcm pic ni..

(pic:dari meng'google)

walaweh sodapnyo mato memandang...
harap2 dia boleh buat...dulu penah suruh
tapi dia pelik kaler biru...org lama mmg la pelik kaler gini..hehehhe...


8 Mac 2012

c.h.o.c.o.l.a.t.e...lagiiii

 sori...masih chocolate lagi...
hehehhe...tempahan pertengahan bulan 2 haritu
tempahan paling terdesak ...yerlah nak hari senin...
tapi order hari sabtu...ahad nak kene hantar
nak tolak member yg order..
nak coklat love box size besar dgn 25 biji praline
dalam 5 set...fuhhhhh
siap gak..tapi bengkak2 badan teman nak nyiapkan
bukan senang yer kawan2...nak dpt mood buat love box tu
bukan mood haku...tp mood love box tu...kalau menjadi betul elok jer dia 
sendiri keluar dari mould...kalau meragam..perghhhh..retak lah dia,
patah dua lah dia...kaler bercampur la..
tp bila dah siap hati rasa happy....
bye..



23 Februari 2012

c.h.o.c.o.l.a.t.e...

 hui lama x update blog i..terkejar2 masa..
masa mmg rasa x cukup jer..:(

 okeh ni sebahagian order coklat utk bulan jan..
suka buat coklat ni cuma jadi remeh bila
coklat x cair la..wana yg nk x dpt buat la..


 pada yg order nak pos bagai maaf x dpt nak terima lagi..
sbb x berani nak tanggung risiko coklat cair or retak or kucar kacir..
maklumlah baru sgt mencuba bidang ni..




6 Disember 2009

Beriani Udang vs Kek Batik

Haritu jumpa beras Moghul ni dlm pek 1kg...hubby suh cuba masak...dia nak rasa katanyer..selalu jumpa dlm kuantiti 5kg-10kg jer..rasanyer sama jer mcm beras Taj-Mahal.Harga tulis kat pek tu rm9.30..tokey tu bg rm9.00 jer..

lepas tu hubby suh buat beriani...hadoyaiii...sengaja jer..dia tau haku x pandai masak...dia soh google...yg paling haku rasa haku boleh blah buat beriani udang...haku pun belasah jer...bila time nak makan tu hubby tanyer nasi jer lauk/kuah mana...haku buat2 senyum kambing jer...emmbekk2....nasib baik dia kata boleh tahan nasi tu...kalau abah haku dengar ni mesti kene perli...dah 5 thn kawen masak x lulus lulus....haku tgk mak haku masak main campak jer...sedap jer jadik...kalau haku campak alamat makanan tu lompat kat haku balik la...
sesambil google tu jumpa resepi kek batik biskut marie ni...cuba gak buat...sonang yo bahan2 ee...dulu haku selalu marah org jual kek ni kat bazar ramadhan..sepotong tu rm0.60 - rm1.00..bapak mahalnyer...
hasilnyer kek haku x nampak batik sbb haku guna biskut marie perisa coklat...hambik ko...gelap gelita kek batik haku...tp rasa masih sama...cuma rasa pelik ada resepi bubuh telor ada resepi x bubuh telor..ada bubuh gula x bubuh susu...haku belasah jer..hehehhe
haku amik resepi ni dari srsfeqah.fotopages...dia ni mmg terrer masak...bukan terrer masak jer siap boleh olah lagi resepi...muda2 dah terrer masak untong wooo...

10 September 2009

Rendang Bantut..hehehhe

Ermmm..jgn gelak memang tu la nama masakan ni...kata mak haku la..mana dapat nama tu dia x leh nak jawab sbb dia belajor dr opah haku jugak..kalau dapat ikan yg besar2 yg baru tangkap mmg best..sbb air manis dr ikan tu akan bercampur..resepi mak haku ni.meh la cuba..antara bahan2nyer..
serai dlm 3 btg tuk titik jer..perasa kot..sedikit belacan.
jintan kasar n halus...yg kasar tu jintan manis..lebihkan sikit pun x per..1 pack..blander kering(jadi serbuk la)
bawang merah dlm 5 ker 10 ulas..bawang putih x yah la..cili kering dlm 10 tangkai ( kalau nak pedas lagi + la) 10 tangkai ni sesuai tuk anak2 makan
bahan2 lain gambo x sempat nak snap...
air asam jawa dan santan...gula n garam mcm biasa secukup rasa...sedikit serbuk kunyit tuk pewarna dan daun pisang tuk alas kuali....
cara2:
cili kering + bawang merah+belacan blander bersama....lepas tu campur semua bahan tadi..jintan kisar kering + air asam jawa+ santan + serai + sedikit serbuk kunyit tuk kasi kaler kuning + ikan jaangan lupa masuk sekali + sedikit air...kacau sebati...lepas tu letak alas daun pisang tadi dlm kuali..masukan dlm bahan2 tadi
daun pisang yg bawah sekali mesti dlm 2 lapis sbb takut bocor..pasang api paling kecil..masak rendang ni kene sabar sbb api pelahan..last sekali garam n gula la...
daaaaaaa....gini la rupa nyer dlm kuali..selamat mencuba

3 September 2009

Uniknya Kejadian...K U R M A


(diceritakan oleh krew RTM)
Ketahui lah.... Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada z aman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Saya dapat dr email seorg kawan..

9 Ogos 2009

Bournville...i like....

hehhhe..penenang jiwa kacau..walaa...sedapnyer..smlm hubby ajak shoooping.I follow..hehhehe
haku amik coklat ni tanpa pengetahuan dia sampai la d kaunter bayar...dan haku buat muka paling manis bila dia tanyer mana dtg nyer benda ni..ahakssss.
sedap wooo...fine dark chocolate..anti-oxidants...total fat..32.6g...huiii..blom campur yg lain lagi..

yg x puas hatinyer..gile kentang nipis..sayang nak makan..nipis nyer kedekut..rege mahal..yg lawaknyer..pagi2 bangun haku cari 1 peti sejuk x jumpa..rupa2nyer suami haku sorok..hantuuuuu....dia letak bahagian sayur...puaka....


28 Julai 2009

Air Asam...

hokay kalu kita makan makanan laut @ ikan bakar...tentu bergantung pada pencicah nyer kan..meh blajor ...air asam ..air tgn mak haku...bahan2....bawang besar+ tomato+cili merah+cili padi....istimewa belacan ...gula secukup rasa....air asam....jgn lupa...


bawang besar hiris...tomato separuh hiris separuh akan di kisar...cili merah pun hiris...separuh..kisar..

bahan yang kisar..tomato+cili merah+cili padi+belacan...dikisar bersama air asam jawa...lepas kisar tuang pada bahan yg di hiris tadi...kemudia rasa la...kalo x msam tambah gula...siapppp


gambo yg dah siap x sempat amik sebb dah kene masuk syif...membakar ....selamat mencuba....

Pajeri Nenas...Kuah coklat....

ermmm..kalu haku balik kg...mesti mak masakkan makanan kegemaran haku...teringat masa kecik2 haku x tahu nama masakan ni..haku panggil kuah coklat jer..so balik kali ni haku nekad nak blajo masak..hehehe...mak siap perli lagi..."dulu suh blajo ada org tu kata boleh beli jer"........
sekali beli x sama mcm mak masak...(padan muka haku)
meh la...sapa nak blajor..special resepi..turun temurun...x dak rahsia dah ni..mcm biasa bahan2 tuk tumis...halia+bawang putih +bawang Merah.....tuk kisar pun sama juga..amik dlm 6 ulas bwg putih+6 ulas bwg merah +1/2 inch halia
bahan kisar kering pula....Jintan halus + jintan kasar + 1 batg kulit kayu manis+ bunga cengkih dlm 4 kuntum+ bunga lawang dlm 2 Kelopak....kisar halus....sementara tu nenas kena la rebus sekejap tuk hilangkan masam...kalo haku suka terung dr nenas ni
kerisik + serbuk kari daging...kerisik dlm 3 sudu tuk 1 peket serbuk kari tu.............

lepas tu campur semua bahan2 kisar tadi...Tambah udang kering sedikit...............gaul sebati........

tumis bahan2 penumis tadi sehingga garing....baru masuk bahan yg dah kisar + gaul tadi...goreng hingga masak...dah agak2 pecah minyakkkkkk...baru masuk santan....garam + gula secukup rasa....baru masuk nenas....
tadaaaaa.....siap..rasa mcm boleh buat sendri jer...ni mak haku buat..haku amik gambo hehehehe.....haku + nasi 2 kali..hanya kuah ni + sambal belacan + buah peria...waaalaaaaaaaaaaa.mak haku geleng pala....

Pulut Durian...

kat kg punyer la payah nak on9...line haku yg kureng...so sbgai alasan pinjam phone abah call member..hehehehe...nak hupdet pun tunggu balik kl dulu ni...ha ni lagi satu makanan org kg...pulut kukus + durian+ santan....
family haku suka haku jer yang kureng sikit..sbb x suka santan x masak tu....so haku pulun durian jer...