CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers

31 Disember 2009

2010-Tahun Baru dtg lagi

selamat datang 2010..kejap jer rasa dah setahun masa berlalu..umur pun dah b'ganjak lagi..semoga hari yg mendatang lebih d'berkati...teringat email dr kawan haku;

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R.Termizi

Antara tanda-tanda akhir zaman, masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu lewat, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Bukanlah bermakna masa semakin berkurangan, 24 jam sehari tetap sama.
kepada semua yg mmbaca blog haku...selamat menyambut tahun baru..semoga hari esok anda semua lebih bermakna...biarlah 2009 berlalu bersama kenangan pahit mahupun manis..sbb tanpa melalui 2009 tiada la 2010...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan